....السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Lada dilumat garam berserbuk;
Garam dicampur di dalam kari;
Kepada umat Islam seluruh pelusok,
Salam Maulidur Rasul haruman kasturi.
Marilah kita berselawat ke atas Nabi Muhammad Sollahu'alai hi wassalam....
Ya Nabi Salam 'Alaika,
Ya Rasul Salam 'Alaika.
Solawatullah'Alaika...
Marhalah bermula menuju penamat,
Telah tahu sampainya malam;
Sollallahu'ala Muhammad,
Sollallahu'alaiwassalam.
Usia bercantum masih menyerlah,
Gaya siapa sanggul belahan;
Manusia maksum Kekasih Allah,
Ya Mustaffa Rasul Pilihan.
Zahirnya ringan seketul halia,
Beringin mempalas bawa berjual;
Lahirnya Junjungan Rasul mulia,
Isnin dua belas Rabi'ulawal.
Tinggi berangan tumbuh perkasa,
Buah dicapai galah bergoyah;
Nabi Junjungan sungguh berjasa,
Dakwah disampai berlelah payah.
Dakwah disampai berlelah payah.
Rawat lelah bernafas penat,
Rawat sejam dukun Tok Saad;
Selawat Allah ke atas Muhammad,
Selawat salam dipohon syafaat.
Pantai Krabi malam bertemu,
Kumpul pelampung letih dan lelah;
Wahai Nabi salam atas mu,
Rasul teragung Kekasih Allah.
Manusia termaktub aulia pesona,
Bergalang jiwa membawa solat;
Rahsia hidup mulia di dunia fana,
Dijulang dipuja imam dua kiblat.
Pulau digenangi selisih laluan,
Sijenjang berendam merata pengkalan;
Engkau dipayungi seputih awan,
Sepanjang malam unta berjalan.
Melayang cembul pecah ke tanah,
Berat guri cumalah batu;
Sayang Rasul sayanglah Sunnah,
Syafaat diberi terimalah tentu.
Bertelur tembakul gelama mati,
Rawat sejam dukun Tok Saad;
Selawat Allah ke atas Muhammad,
Selawat salam dipohon syafaat.
Pantai Krabi malam bertemu,
Kumpul pelampung letih dan lelah;
Wahai Nabi salam atas mu,
Rasul teragung Kekasih Allah.
Manusia termaktub aulia pesona,
Bergalang jiwa membawa solat;
Rahsia hidup mulia di dunia fana,
Dijulang dipuja imam dua kiblat.
Pulau digenangi selisih laluan,
Sijenjang berendam merata pengkalan;
Engkau dipayungi seputih awan,
Sepanjang malam unta berjalan.
Melayang cembul pecah ke tanah,
Berat guri cumalah batu;
Sayang Rasul sayanglah Sunnah,
Syafaat diberi terimalah tentu.
Bertelur tembakul gelama mati,
Jelawat di tangan bermata longgar;
Maulidur Rasul bersama hayati,
Maulidur Rasul bersama hayati,
Selawat Junjungan kita perdengar.
Lecur tunggul akar melurus,
Payah ditegak dahan yang lemah;
Maulidur Rasul mekar diutus,
"WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH"
Benih mentimun pucuk mempelam,
Terang kesidang meniti rumbia;
Sejernih embun sesejuk kolam,
Orang memandang pasti bahagia.
Memukat jelawat berazan Maghrib,
Terlepas tembakul melenting kaloi;
Malaikat berselawat hormat dan tertib,
Ke atas Rasul sering merindui.
Talapia menyelit salah perahu,
Jerut haruan pari terlekat;
Rahsia sulit Allah Yang Tahu,
Penyahut Seruan Pemberi Rahmat.
Kelubi kelat tumbuh sebulan,
Mencari kulat tepi terusan;
Nabi Muhammad penyuluh jalan,
Pemberi syafa'at hari pembalasan.
Kawat ditetas tanaman halia,
Tanam bijian ranting bertemu;
Selawat ke atas junjungan mulia,
Salam pujian seiring doamu.
Justeru, wajarlah kita merenung kembali sirah Rasulullah S.W.A dan mengkaji sendiri tentang manusia teragung ini dan peranannya dalam pembangunan manusia global. Maulidur Rasul juga merupakan detiknya bagi umat Islam untuk memperingati semula sejarah Rasulullah S.A.W. dan lantas menjadikan contoh sifat dan kehidupannya kerana baginda adalah ikon ummah yang terbaik....Wallahu'alam bissawab
Sambar mentimun tupai menyembang,
Pohon durian merbah beradu;
Selembar pantun andai tersumbang,
Mohon tuan tambah sesudu.
p/s sampai jumpa lagi insyaAllah... ^^
Kalam berpena....
Ummi’Ain