....السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Salam merindu yang teramat sangat dan salam semesra-mesranya dari Ummi buat teman-teman yang Ummi rindukan selalu.....semoga sahabat sekelian sentiasa di dalam cahaya kasih sayang Allah setiap detik.....amin
Pada episod pantun kali ini Ummi lampirkan tema ringkas tetapi padat dan bercabang-cabang.....
Kepada sahabat pemantun dan silent reader, silalah berpantun mengikut stail anda tersendiri mengikut tema HARAP, boleh di rangkai menjadi perkataan berimbuhan seperti MENGHARAP, HARAP-HARAP, DIHARAPKAN, HARAPAN dan seterusnya ya....
Menurut pakar pantun, di dalam merangkap pantun yang berdasarkan tema yang specific, kita boleh merungkai perkataan dengan menambahkan imbuhan lalu menjadi makna yang pelbagai, apa kata kita cuba ya......kali ini Ummi membawa sedikit kelainan....
Ummi pasti ada pemantun-pemantun di luar sana yang jauhari dan bestari yang pandai mengarang pantun.....teruskan cabaran ini dengan memerah minda anda....ya....
Baiklah semua, janagn malas-malas dan segan-segan, malu apatah lagi....jom kita berpantun.... ^^
Rumpun berasap suami bakarkan,
Bermula dilayang selembar pantun;
Pantun HARAP Ummi lembarkan.
Jangan dicampur paku dan kapas,
Bunyi berderap tidakkan sama;
Tangan dihulur salam ku lepas,
Menanti MENGHARAP akan bersama.
Buaya seberang kerap selisih,
Laluan ke mana si ikan selangat;
Saya seorang MENGHARAP kasih,
Tuan di sana entahkan ingat.
Kebaya lama kalau dipinda,
Serap bauan basah dan sejuk;
Saya cuma bergurau senda,
HARAP tuan usah merajuk.
Sampan goyah melambung tinggi,
Menyula taufan selisih pelepah;
HARAPAN ayah menggunung tinggi,
Rela berkorban kasih tertumpah.
Keliling paya di tepi telaga,
Papan berpagar rentangkan teduh;
Saling percaya resepi rumahtangga,
HARAPAN agar dipanjangkan jodoh.
Batang delima sokongan kelapa,
Tangkai mempelam pagarnya titi;
Pagar papan ada terbelah,
Turun tempua hinggap di situ;
Sandar HARAPAN kepada Allah,
Sepohon doa setiap waktu.
Sirap kelapa ada papaya,
Kelapa muda isi pun nipis;
DiHARAP apa kepada saya,
Rupa tiada budi pun setitis.
Sepohon doa setiap waktu.
Sirap kelapa ada papaya,
Kelapa muda isi pun nipis;
DiHARAP apa kepada saya,
Rupa tiada budi pun setitis.
Jerang air ada berhalia,
Lama berasap alasnya arang;
Orang fakir tiada berdaya,
Cuma mengHARAP belasnya orang.
HARAPkan bumi menjadi sejuk,
Rupanya bumi tidak bersuhu;
HARAPkan suami menjadi pemujuk,
Mengapa suami buat tak tahu.
HARAPkan suami menjadi pemujuk,
Mengapa suami buat tak tahu.
Kedut seribu benang berpisah,
Sulaman siap bercantum tali;
Disudut kalbu mengenang kisah,
Teman diHARAP belum kembali.
Pantai besar sasa bahtera,
Kerap basah hasil dapati;
Andai terkasar bahasa bicara,
HARAP usah berkecil hati.
Kalau ada batu dibuang,
Berderap-derap gua yang tinggi;
Kalau ada waktu terluang,
HARAP-HARAP bersua lagi.Sebenarnya ada banyak lagi pantun yang boleh kita karang mengikut tema yang Ummi berikan, namun cukuplah buat setakat ini......Ummi pasti akan gembira seandainya anda memberi komen dengan cara berpantun....cuba ya....komen anda semua pencetus semangat Ummi untuk terus berkarya.....
Sampai di sini dahulu semoga kita berjumpa lagi dalam masa yang terdekat ini...insyaAllah....
Salam kasih berkembar rindu dari Ummi buat anda sekelian....... ^^
Merendam sekerap getah yang lama,
Sekerap ditatang melantun-lantun;
Dalam MENGHARAP sepatah tema,
DIHARAP tuan datang berpantun.
Kalam berpena.....
Ummi’Ain