Quantcast
Channel: JOM KITA BERPANTUN....SILA...O...SILA..
Viewing all articles
Browse latest Browse all 117

Pantun Syahdu Rabu.....

$
0
0

Tanam ketum tebu sembunyi,
Jerami masam melilit perdu;
Assalamu'alaikum di Rabu sunyi,
Ummi berilham sedikit madu.


Bulu tempua berterbang-terbangan ,
Kerana teruja bersua-suaan;
Dahulu berdua berpasang-pasangan,
Ke mana sahaja berdua-duan.

Lalu harimau menghentak tanah,
Seekor tua berbadan tampan;
Sebulu sebau jauh tak pernah,
Tidur berdua bertindan badan.


Kuini mangkal dimakan kenari,
Kedondong pauh terendam-rendam;
Kini tinggal badan sendiri,
Bermenung jauh terkenang semalam...

Hari berangin hari berawan,
Terang redup bersenja-senja;
Sendiri bermain mencari kawan;
Sekarang hidup dimanja-manja.




Kalam berpena....

UmmiAin


Viewing all articles
Browse latest Browse all 117


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>