Bersulam kuntum kembangan lentur,
Bumi bercahaya dimalam pesona;
Cahaya pagi hujan membelahi;
Assalamu'alaikum tangan berhulur,
Berkarya lagi kalam berpena,
Karya berlampu Cerminan Ilahi..
Air melompat dibaling batu,
Tenang laut menyula bulan;
Diakhir hayat berpaling waktu,
Dikenang disebut segala amalan.
Teratak usang langit bermata,
Menanti awan menghala arah;
Tidak memandang sedikit harta,
Sejati kawan rela berpayah.
Mentari melihat di celah mega,
Itu petanda dunia tersenyum;
Hari meningkat bagailah tangga;
Waktu tiada usia bercantum.
Hari meningkat bagailah tangga;
Waktu tiada usia bercantum.
Sasa ombak memakan arus,
Tunduk berdiri menempias selat;
Dosa sejambak akan terhapus,
Tawaduk diri obses solat.
Urat kilat menerjah alam,
Membelah bara kota setempat;
Berat solat berwajah kelam,
Baiklah segera kita bertaubat.
Kemilau mentari tegak tilayah,
Hingga bersangkar angkasa terbuka;
Kalau mencari jejak hidayah;
Syurga berpagar dosa dan neraka,
Arus lautan menjadi sahabat,
Berani terapung kerana papan;
Arus kehidupan kemudi kuat,
Nurani ditampung pesona iman.
Cahaya tapisan berwarna warni,
Terindah alam tirai berlabuh;
Supaya ehsan pesona nurani,
'Ibadah disulam bersungguh-sungguh.
Tasik berkeliaran berdaik selisih,
Cahaya mentari membungkus air;
Cetek pemikiran dibaikpulih,
Supaya diri bagus dan mahir.
Helang terbang mencari suria,
Suria merajuk semarhalah terang;
Pulang abang si isteri ceria,
Ceria dipujuk abanglah seorang.
Pulau teduh nyiur berdiri,
Manis pesona laut membiru;
Kalau sungguh tadabbur dicari,
Menangis kerana takut selalu.
Kalau malam hujan merintik,
Takkan purnama masih bercumbu;
Kalau dalam Lautan Pasifik,
Manakan sama kasih si ibu.
Mengapa percikan memukul muara,
Cahaya sejengkal meredah pengkalan;
Betapa kecantikan muncul sementara,
Hanya yang kekal 'ibadah dan amalan.
Ombak mengcengkam menyiat El Nina,
Menyimpul lautan mencangkuk pantai;
Terjebak di dalam maksiat yang hina,
Memikul beban tawaduk tak sampai.
Dolfin melompat terantuk mega,
Ketawa suria di pinggir kukup;
Rajin bersolat tawaduk berjaga,
Bawa bahagia di akhir hidup.
Rajin bersolat tawaduk berjaga,
Bawa bahagia di akhir hidup.
Terlena seketika menadah bijana,
Bermain puteri muda rupawan;
Pesona mata terindah buana,
Cermin Illahi tiada terlawan;
Kalam berpena...Bermain puteri muda rupawan;
Pesona mata terindah buana,
Cermin Illahi tiada terlawan;
Cukup sampai di sini dulu ya buat kali ini...dari Ummi khusus buat sahabat-sahabat budiman dan rupawan.....sehingga bertemu pandang di lain episode....kesimbungan 3 pasti akan menjelma, insyaAllah.....tunggu ya...
Salam sayang seribu selasih semoga kita lebih menghargai alam anugerah ciptaan Illahi.....tiada yang dapat terlawan....Subhanallah...
Ummi’Ain