....السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Assalamu'alaikum salam merindu di angin terapung khusus buat sahabat-sahabat yang telah agak lama Ummi tinggalkan.....betapa sendu, rindu dan terharu di hati ini kerana baru kini dapat bersua dengan sahabat-sahabat tersayang terutama pemantun-pemantun setia Ummi.....banyak benar peristiwa yang telah berlaku dalam tempuh tiada di pandangan mata......hanya kesabaran dalam kepiluan meratah hati perlahan-lahan...namun pantun juga yang menjadi terapi hati....baiklah tanpa berlengah dan membuang masa..... SEINGAT Ummi agak sebulan lebih juga Ummi tiada berpantun di teratak kesayangan ku ini.....
Kini dalam tema INGAT, mari kita garapkan perkataan dengan menambahkan imbuhan seperti INGATAN, PERINGATAN, INGATLAH dan sebagainya yang maknanya pun berbeza-beza......
Jom kita berpantun bersama Ummi ya....
Kelam lautan mentari berlalu,
Kelam samudera deru meninggi;
Salam INGATAN dari dahulu,
Salam mesra bau mewangi..
Kelapa rebah biji terbelah,
Tiada santan kelapanya tua;
Ditimpa musibah diuji Allah,
Tanda PERINGATAN kepada semua.
Menjamah ulam kobis memutih,
Perangat ikan bercampur rasa;
Di tengah malam menangis sedih,
TERINGAT badan berlumur dosa...
Hangat keringat berteman senja,
Jangan bermalam di tasik sebu;
TERINGAT-INGAT zaman remaja,
Kenangan lama mengusik kalbu..
Hangat samudera sauh terapung,
Selisih kapal rentap kemudi;
TERINGAT saudara jauh di kampung,
Kasih bergumpal tetap semadi..
Simbah tuba jerami bertabur,
Ikan berenang mati di kolah;
Musibah dicuba kami bersyukur,
Hatikan tenang MENGINGATI Allah..
Keliling titi menjelma ikan,
Berpisah renang di celah bantu;
Saling MENGINGATI sesama rakan,
Susah senang selalulah bantu.
Lokan dicari siputnya kenyal,
Lada dan halia belah persatu;
INGATKAN diri dijemputnya ajal.
Muda berusia Allah Penentu.
Sebelah pekan redah membeli,
Nasi kandar di kedai India;
Telah DIINGATKAN sudah berkali,
Topi kaledar dipakai sedia...
Keringat hangat dilap tuala,
Tuala warna biru berkotak;
BERINGAT-INGAT setiap bermula,
Bila terkena baru tersentak..
Belah tebu bawa dikendong,
Ranting berangan mati beronak,
INGATLAH ibu yang tua di kampung,
Kucing kesayangan pengganti anak..
Keladi dilengat tentu termasin,
Dicampur santan gula terkurang;
Budi sekepuk waktu kelmarin,
Subur DIINGAT hingga sekarang....
Dicampur santan gula terkurang;
Budi sekepuk waktu kelmarin,
Subur DIINGAT hingga sekarang....
Awan tersasar purnama dingin,
Lautan dengus rentap kemudi;
Kawan membesar sama bermain,
INGATAN kudus tetap semadi....
Tulang gigitan dimakan baja,
Sedikit dibawa ke hulu titi;
Hilang INGATAN bukan sengaja,
Sakit jiwa yang perlu diubati...
Lautan dengus rentap kemudi;
Kawan membesar sama bermain,
INGATAN kudus tetap semadi....
Tulang gigitan dimakan baja,
Sedikit dibawa ke hulu titi;
Hilang INGATAN bukan sengaja,
Sakit jiwa yang perlu diubati...
Kelam lautan perkasa ombak,
Lebat curahan menghapus keringat;
Dalam INGATAN sentiasa ternampak,
Sahabat sekelian pencetus semangat.
Dalam INGATAN sentiasa ternampak,
Sahabat sekelian pencetus semangat.
Malam meniti pesona angkasa,
Dingin angkasa bertamu gegaran;
Kalam berhenti kerana masa,
Di lain masa bertemu siaran....
Izinkan Ummi berundur dahulu buat seketika namun ku akan tetap kembali lagi dengan rangkapan pantun berlainan tema....insyaAllah....
Ummi harap sahabat sekelian sudilah datang ke sini kerana Ummi telah kembali.....ya....
Salam sayang selasih berderai.......buat semua... ^^,
Kalam berpena...
Ummi’Ain