Malam berjurai titisan embun;
Bersalut kelopak kuntum berlima;
Salam setangkai hiasan pantun,
Patut Ke tidak serangkum tema.
Pungguk merindu menangis belum,
Cahaya indah purnama kejora,
Kejora kelam putaran Saturn;
Seteguk rindu secebis senyum,
Supaya meriah sama bersuara,
Suara disulam lembaran pantun.
Assalamu'alaikummm....dah makan ke belum, sekali lagi dalam merempuh hari yang panjang berulang-berulang, dengan sepohon doa agar semua sentiasa senyum dan ceria, bagi yang selalu datang ke blog Ummi untuk berpantun, terimakasih yang tiada terhingga....
Ummi kembali menemui sahabat-sahabat sekelian bersama tajuk atau tema yang baru iaitu
Patut Ke Tidak, dalam sebuah kehidupan kita yang akan sampai ke penghujung sudah tentunya, bermacam-macam perkara yang harus difikirkan, samada baik ataupun sebaliknya....Ummi rungkaikan dalam bentuk pantun dengan cara dan olahan Ummi sendiri...ilham sendiri yang datang spontan, susah oo....haha
![]() |
Cian saya....tak patut betul.... |
![]() |
Tak patut tau ambil gambar saya macam ni....hehe |
![]() |
Tak patutla paksa saya....grrr |
![]() |
Patut dak saya posing lagu ni.... :D |
![]() |
Patutkah saya...memang tak patut sungguh.... |
![]() |
Memang tak patut......isk.. |
Baiklah, jom kita berpantun.....ya.. :D
Kelapa bantut di titi pinang,
Di mana titi pangkal ditanya;
Mengapa patut bakti dikenang,
Kerana bakti mahal harganya.
Kerang dan kerabu bergaullah petai,
Herba jintannya penyeri kari;
Seorang ibu patutkah dibelai,
Cuba ditanya ke diri sendiri.
Tumbuh sekentut direjam-rejam,
Cendawan dibawa nyonya seberang;
Sungguh tak patut bersifat kejam,
Haiwan bernyawa sepertinya orang.
Malam bertirai dibayang senja,
Cerah sebu berguruh-guruhan;
Dalam dibelai disayang dimanja,
Patutkah ibu disuruh-suruhan.
Lutut retak sapuan diurut,
Sapuan dingin sibunga cemara;
Patut ke tidak kawan diturut,
Kawan seangin hanya sementara.
Kalam membawa selekar pulut,
Pulut berinti sekepal durian;
Dalau ketawa biar berpatut,
Takut nanti bebal kemudian.
Kalam membawa selekar pulut,
Pulut berinti sekepal durian;
Dalau ketawa biar berpatut,
Takut nanti bebal kemudian.
Lemang pulut dibakar sendeng,
Buluh dijaga dipusing selalu;
Memang patut sandar sedinding,
Sungguh keluarga saling memerlu.
Berpinar mata cik abang merungut,
Pinang sekendi nampak dah habis;
Benar kata sememamg patut,
Mengenang budi tidak secebis.
Kecut cempedak lebat si asam,
Buah mangga terlebih biji;
Patutkah tidak Jebat ditikam,
Si Tuah juga beroleh puji.
Takutkah pulak si arus jeram,
Lekat kemudi lalu bersilang;
Patutkah tidak ku terus berilham,
Minat menjadi batu penghalang.
Sungguh keluarga saling memerlu.
Berpinar mata cik abang merungut,
Pinang sekendi nampak dah habis;
Benar kata sememamg patut,
Mengenang budi tidak secebis.
Kecut cempedak lebat si asam,
Buah mangga terlebih biji;
Patutkah tidak Jebat ditikam,
Si Tuah juga beroleh puji.
Takutkah pulak si arus jeram,
Lekat kemudi lalu bersilang;
Patutkah tidak ku terus berilham,
Minat menjadi batu penghalang.
Kalau merpati bersarang angsa,
Sayap merbah mula tumbuhnya;
Kalau inti kurang perasa,
Harap ditambah pula bancuhnya....ya ^^
Sekalung ucapan terimakasih dari Ummi buat sahabat-sahabat yang setia berpantun di blog Ummi, cukup sampai di sini dulu kita bertemu ya, insyaAllah di lain lembaran dengan entri baru kita pasti berpantun lagi....
Salam manis secawan teh dan sesudu serbat selasih buat anda semua.......^^
Kalam berpena....
Ummi’Ain