Quantcast
Channel: JOM KITA BERPANTUN....SILA...O...SILA..
Viewing all 117 articles
Browse latest View live

Pantun Asing....

$
0
0


Assalamu’alaikum wrwb..



Jom Kita Berpantun...


Fajar menyingsing hari meruntun,
Dunia meruntun berhujan bumi;
Sukar DIASING diri dan pantun,
Kerana pantun pujaan Ummi..

Singsing lengan pakaian basah,
Kolahnya simen cembul di air;
DIASING jangan insan yang susah,
Doanya diamin makbul Ya Muqtadir..

Keruh berpusing paya berombak,
Di arus deras mara berani;
Pengaruh ASING budaya lepak,
Harus dibenteras segera tangani..

Terbangan nuri berpusing-pusing,
Sayup berlalu mencari tuan;
Jangan diri merasa TERASING,
Hidup perlu menjadi ilmuwan..

Redup menyingsing renyap berkabut,
Mengapa seberang rawan melanda;
Hidup TERASING bagai malukut,
Rupa kurang menawan tiada..

Basah kuyup menyingsing lengan,
Mengangkat batu sehabis daya;
Usah hidup BERASING-ASINGAN,
Muafakat bersatu harmonis budaya..

Ikan naik dibuat jeruk,
Ikan di paya rasanya berat;
ASINGKAN baik dari yang buruk,
Akan bahagia dunia akhirat..

Diranduk jangan onak dan duri,
Rumpun selasih kantan bersirat;
Duduk BERASINGAN anak dan isteri,
Namun kasih berpautan erat...

Punai siulan ternampak kundang,
Di liku barat suara berdesing;
Andai taulan tidak memandang,
Teratakku ibarat pusara TERASING... ^^,


Sampai sini dulu rangkapan rindu buat anda semua semoga sentiasa di dalam kasih sayang Allah SWT....aamiin....salam sayang dan kasih dari Ummi.....till next episode...^^,



Kalam berpena...
UmmiAin

Pantun Rebut...

$
0
0


Assalamu’alaikum wrwb...





Selamat bertemu kembali sahabat-sahabat Ummi yang sangat dirindui terutama relaksminda.blogspot.com, Cikgu TehRamuan.com pemantun tersohor...^^, dan juga semua sahabat pemantun Ummi...apa khabar orang di sana.... ^^,


Jom Kita Berpantun..


Terbakar hutan nyata terleka,
Jangan jelaga sipadi bunting;
Kerana PEREBUTAN harta pusaka,
Hubungan keluarga menjadi genting..

Sabut kelapa bersihnya arang,
Entah bila arang melekat;
DIREBUT apa kasihnya arang,
Entah pula orang terpikat..

Lekang bidara buah terbuka,
Bidara seraga di tepi hutan;
Sekangkang kera tanah pusaka,
Antara keluarga jadi REBUTAN..

Reputlah dahan kulat di dalam,
Menghala rebah buah terapung;
REBUTLAHkelebihan bersolat malam,
Pahala bertambah ‘ibadah ditampung..

Terang cahaya gerimisnya tiada,
Berpuput angkasa tepi lautan;
Orang berusia manisnya ada,
Lembut bahasa jadi REBUTAN...

Bertapa siput merata paya,
Siikan sepat menyua titi;
Apa DIREBUTharta dunia,
Tiadakan dapat dibawa mati..

Lentuk Umbut bertenggek kuang,
Rimba serentang angin meruntun;
Untuk MEREBUT deti k terluang,
Hamba datang ingin berpantun..

Terbakar hutan nyata terleka,
Jangan jelaga keladi bunting;
Tegar PEREBUTAN harta pusaka,
Hubungan keluarga menjadi genting..

Meniti daik berangin senja,
Tentu beralih kemudi lautan;
Pekerti baik rajin bekerja,
Menantu soleh jadi REBUTAN..

Sarang merbuk di pohon nangka,
Sangkar tinggi reput dan rosak;
Sekarang sibuk berpantun seloka,
Sebentar lagi BEREBUT memasak..

Rautlah kerawang merah berenda,
Pesona kerrawang satin bertekad;
REBUTLAHpeluang menziarah bonda,
Kerana peluang semakin singkat..

Tanah gambut selasihnya jarang,
Selasih di taman bertindan pangkal;
Usah DIREBUTkasihnya orang,
Kasih Ya Rahman lagikan kekal...

Ruang berkabut dipagi Rabu,
Bersirat mega segalah tinggi;
Peluang DIREBUT selagi mampu,
Akhirat juga perlulah imbangi..



Sampai jumpa lagi di episod yang baru...dan harap sudi-sudikanlah datang berpantun di teratak Ummi yang usang ini......ya, salam kasih sedalam ingatan dari Ummi... ^^,



Kalam berpena...
UmmiAin

Pantun Pandang...

$
0
0


Assalamu’alaikum wrwb..






Jom Kita Berpantun...


Gajah melanda kesidang layu,
Terkena dahan serong ke tepi;
Di wajah bonda kuPANDANG sayu,
Kerana menahan murung dan sepi..

Angkat pelita berandang terang,
Bayang beranda memahat tepi;
Pangkat harta DIPANDANG orang,
Kami yang tiada dilihat sepi..

Luas paya terendam keladi,
Rendang nona buahnya jarang;
Puas saya menanam budi,
TERPANDANG hina dimata orang.

Menyala andang licin di tangkai,
Baranya rawan mudah berdaki;
Bila TERPANDANG cincin dipakai,
Rupanya tuan sudah dimiliki..

Bertandanglah gajah menyula pelam,
Rentap ke tanah mereng meranti;
PANDANGLAH wajah tatkala bersalam,
Adab Sunnah seiring pekerti..

Undan jelatik nian beburung,
Pesona senja bertandang gerimis;
Sopan dan cantik pakaian kurung,
Kemana saja DIPANDANG manis..

Terumbang sampan ikan bermain,
Ikan kelah tertampan pari;
PANDANG kehidupan fakir dan miskin,
Akan terbitlah keinsafan diri

Segunung ledang diterjah jerebu,
Tempiasan lembab petir cahaya;
Renung dan PANDANG di wajah ibu,
Insan penyebab lahir kedunia.

Makan berangan bilangan berapa,
Pelam dipetik jangan yang kudup;
Dapatkan PANDANGAN ibu dan bapa,
Dalam merisik pasangan hidup.

Pandangan raayat diambil kira,
Barulah rancangan berjalan lancar,
Hujan lebat PANDANGAN kabur,
Berhati-hati bila memandu.

Renangan di ulu ikan sedepa,
Tepi diredah keliling ranting;
Jangan terlalu PANDANGKAN rupa,
Keindahan budi paling terpenting...

Rendah kesidang undan bersarang,
Halau kenari hendak bertamu;
Usah MEMANDANG kesilapan orang,
Kalau sendiri tidak berilmu..

Di paya renangan ikan melata,
Memukat alu saratlah perahu;
Percaya jangan PANDANGAN mata,
Disiasat dahulu barulah tahu....

Rendang nona ada bersarang,
Galah pepat jatuh ke bumbung;
MEMANDANG hina kepada orang
Itulah sifat angkuh dan sombong

Harum kesidang indah persada,
Tumbuhlah sasa satu pohonan;
Senyum dan PANDANG wajah ibunda,
Luruhlah dosa di pintu ampunan..

Terkukur melata melayang angkasa,
Merembat kundang ia terlepas;
Bersyukur kita kepada Yang Esa,
Boleh MEMANDANG juga bernafas..

Pantai redup menyelak pelangi,
Terang pekan sedang cahaya;
Andai hidup berakhlak tinggi
Orang akan MEMANDANG mulia

Halau kedidi terbang ke bukit,
Padi di bukit tumbuh terkulai;
Walau budi DIPANDANG sedikit,
Budi sedikit sungguh bernilai...

Jangan banyak mengerlip purnama,
Berdentum malam berbayang perahu;
PANDANGAN ulamak wajib diterima,
Hukum hakam mereka yang tahu..

Di rumpun temu sarang serama,
Penyengat awas jangan dilihat;
Menimbun ilmu siorang lama,
Sangat luas PANDANGAN nasihat...

Kacau kuah ladanya tengit,
Rendang bersama pulut suami;
Jikalau sudah berada di langit,
PANDANG sama rumput di bumi...

Sedangkan ulam dilurut-lurut,
Rumpun merimbun subur semalu;
MEMANDANGKAN malam sudah melarut,
Mohon diampun berundur dahulu..

Menyula pegaga ke tepi liku,
Cekur selisih rapat ke bendang;
Tatkala terjaga dari lenaku,
Syukur masih dapat MEMANDANG...

Kalau terkena arang di andang,
Di dahan tua melayang tekukur;
Walau hina orang MEMANDANG,
Keindahan jiwa Allah yang ukur..


Istimewa dariku untukmu sahabat sekelian.... ^^,


Kalam berpena...
UmmiAin

Pantun Bimbing..

$
0
0


Assalamu’alaikum wrwb..






Jom Kita Berpantun...

Berkeliaran gelama merempuh laut;
Sebelah tebing terumbing sampan;
Ajaran agama teguh berpaut,
In sya Allah TERBIMBING kehidupan...

Tumbuh melata di tebing redup.
Bertebaran derdap meredah laluan;
Penyuluh serta PEMBIMBING hidup,
Al Quran kitab seindah panduan..

Makan belimbing bawa seguni,
Setangkai jatuh melekat lima;
Akan TERBIMBING jiwa nurani,
Seandai utuh tongkat agama...

Berangan muda masak secerpa,
Pucuk maman celahi kudup;
BIMBINGAN ayahanda tidak kulupa,
Untuk pedoman tempuhi hidup..

Sumbing senyum bertamu jiran,
Terserlah tampan pandai melawa;
TERBIMBING dengan ilmu Al Quran,
Barulah kehidupan menggapai taqwa..

Angsa terkedek ke pagar tebing,
Mandi di muara berenang-renang,
Jasa pendidik pelajar TERMBIMBING,
Sendi negara pasti dikenang..

Jambangan seri sibunga dahlia,
Secerpa jambangan indah senada;
BIMBINGAN diberi sehingga berjaya,
Dilupa jangan ayah dan bonda..

Kelubi lebat tumbuh menyerlah,
Di tebing paya tumbuhnya ulam;
Nabi Muhammad pesuruh Allah,
MEMBIMBING manusia seluruhnya alam.

Balau di tebing tempiasan hari,
Arus jejak laju melanda;
Kalau MEMBIMBING insan jauhari,
Harus banyak ilmu didada.

Di tepi beranda makan berangan,
Sangkar kedidi jangan dijolok;
Generasi muda perlukan BIMBINGAN,
Agar menjadi insan yang elok..

Tebing beronak duri kerikil,
Sungai beralur terapung umbut;
BIMBINGLAH anak sedari kecil,
Bagai melentur rebung yang lembut.

Tumbuh melata di tebing redup.
Bertebaran derdap meredah laluan;
Penyuluh serta PEMBIMBING hidup,
Al Quran kitab seindah panduan..

Renangan gelama tepilah beting,
Ikan berenang terjerat mati;
BIMBINGAN agama amatlah penting,
Akan tenang di Akhirat nanti..

Jambangan seri sibunga dahlia, 
Secerpa jambangan indah senada; 
BIMBINGAN diberi sehingga berjaya, 
Dilupa jangan ayah dan bunda.. 

Tinggi gayat kedondong sedahan,
Terbang nuri ke tepian kolah;
Selagi hayat dikandung badan,
BIMBINGLAH diri ke jalan Allah. 

Masak belimbing jangan berlama,
Simpan keladi bijian sebutil;
Anak DIBIMBING dengan agama,
Harapan menjadi insan yang kamil.

Tebinglah tinggi sampan berarus,
Ikan gelama melentik di sampan;
BIMBINGLAH diri ke jalan lurus,
Perkasakan agama cantik kehidupan..






Kalam berpena...
UmmiAin

Pantun Kurang...

$
0
0


Assalamu’alaikum wrwb..





Jom Kita Berpantun...


Meruntun terang imbauan rimba,
Pandang kilauan paya berlinang;
Pantun KURANG rangkaian hamba,
Bertandang tuan saya terkenang..

Asah pahat bertitisan air,
Sayang parang tepi rekahan;
Usah dilihat KEKURANGAN  zahir,
Orang yang KURANG miliki kelebihan..

Kelami lautan senja imbauan,
Di sebelah teluk daik berikan;
Demi penjimatan belanja harian,
Membeli-belah elok DIKURANGKAN..

Berlalu tinggi di angkasa biru,
Helang mencari pohon teduhan;
Perlu DIKURANGI rasa cemburu,
Bergalang iri bertahun permusuhan..

Orangnya bertamu di malam persada,
Ikan pari perasanya barbekiu;
KURANGNYA ilmu di dalam dada,
Rajinkan diri membaca buku..

Denak bersarang di tepi selasih,
Di celah rekahan memakan hama;
Anak KURANG diberi kasih,
Tersisihlah asuhan didikan agama..

Mungkinkah selasih dipagut kedidi,
Tumbuh di padang jarang-jarangan;
Makinkah terkasih berpaut budi,
Jauh di pandang BERKURANG jangan..

Orang menangkap di reban ayam,
Catukkan mula sarang berbulu;
KURANG bercakap bukan pendiam,
Bukan pula seorang pemalu..

Perang berangan selisih ceri,
Imbauan mangga dedalu berhelai;
TERKURANG jangan kasih diberi,
Haiwan juga perlu dibelai..

Menyula sarang pegaga beralih,
Pohon merimbun buluh berdiri..
Segala TERKURANG juga terlebih,
Mohon ampun sepuluh jari..



Kalam berpena...
UmmiAin

Pantun Dalam Gambar....

$
0
0


Assalamu’alaikum wrwb..


Assalamu'alaikum duhai teman-teman dan sahabat Ummi sekelian yang dirindui,,,sangatlah rindu di dalam hati.....apa khabar semua...semoga sihat sejahtera dan sentiasa diberkati Allah swt....aamiin
Sempena tarikh lahir Ummi semalam, kali ini Ummi postkan koleksi pantun dalam gambar karya Ummi dari FB dengan pelbagai tajuk istimewa untuk tatapan anda sekelian..ya ^^



























Begitulah pantun Ummi kali ini...diharap sahabat Ummi sekelian sudi membacanya walau tak seindah rupa ya....kita pasti akan bertemu di episod lain....in sya Allah.

Salam sayang teramat rindu buat anda semua...... <3


Kalam berpena....
UmmiAin

Pantun Nilai-nilai Murni...

$
0
0


Assalamu’alaikum wrwb..






Jom Kita Berpantun...


Bertamu lawa biasan cahaya,
Menyerlah awan indah tindani;
Buatmu semua cebisan karya,
Silalah tuan puan bermadah seni..

Alas talam bersila makan,
Sirap selasih kembang menjadi;
Ikhlas dalam segala tindakan,
Sikap yang bersih seimbang budi..

Terbang merpati ke taman pusara,
Terlihat menitis pusara berumur;
Berkembang komuniti aman negara,
Rakyat harmonis negara makmur.

Tadah cembul di muara deras,
Teluklah cangkat anginnya kencang;
Sudah timbul perkara lepas,
Eloklah muafakat bawa bincang...

Menyula ke mana tepian jeram,
Seberang paya melata ikan;
Bila mengguna kenderaan awam,
Yang kurang upaya kita dahulukan.

Di redup muara seekor angsa,
Turun gerimis berenang-renangan;
Hidup senegara makmur bangsa,
Rukun harmonis tenang dan aman..

Sulaman terserlah batu bertongkah,
Ranggi berbunga renda bertali;
Senyuman adalah suatu sedekah,
Tinggi harga tiada terbeli...

Tepi beranda ampaian jemuran,
Menjemur jala atasnya peti;
Generasi muda sopan ketimuran,
Yang berumur pula kita hormati..

Berati membawa setandan kelapa,
Naik sampan mereng seliku;
Hormati kedua ibu dan bapa,
Baik ucapan seiring kelaku..

Rawan mega di ulu titian,
Teluk lebar meniti cahaya;
Haiwan juga perlu belaian,
Makhluk Al Jabbar seperti manusia...

Rapat dahan sarangnya basah,
Serati mula berkejar-kejaran;
Sifat kasihan kepada yang susah,
Meniti pahala besar ganjaran...

Buah manggis keliling lecur,
Masak setara belum merimbun;
Ukhwah harmonis saling menegur,
Tidak mengira kaum apapun...

Selisih bahtera lewat ke laut,
Pasir beruncang mendap di limbung;
Kasih saudara kuat berpaut,
Air dicincang tetap bersambung...

Cerah taman mencari ulam,
Rumpun keladi nuri bersarang;
Murah senyuman memberi salam,
Santun budi digemari orang..

Ikan gelama bermain pukat,
Ikan siakap memakan plastik;
Vandalisma semakin meningkat,
Tanamkan sikap kesedaran sivik...

Sulaman terserlah batu bertongkah,
Ranggi berbunga renda bertali;
Senyuman adalah suatu sedekah,
Tinggi harga tiada terbeli...

Tepi beranda ampaian jemuran,
Menjemur jala atasnya peti;
Generasi muda sopan ketimuran,
Yang berumur pula kita hormati..

Kilauan jalur lawa berbunga,
Berenda jarang semat di baldu;
Bantuan dihulur jiwa dan raga,
Kepada orang yang sangat memerlu..

Rawan mega di Ulu Kerian,
Teluk lebar meniti cahaya;
Haiwan juga perlu belaian,
Makhluk Al Jabbar seperti manusia...

Rapat dahan sarangnya basah,
Serati mula berkejar-kejaran;
Sifat kasihan kepada yang susah,
Meniti pahala besar ganjaran...

Selisih bahtera lewat ke laut,
Pasir beruncang mendap di limbung;
Kasih saudara kuat berpaut,
Air dicincang tetap bersambung...

Cerah taman mencari ulam,
Rumpun keladi nuri bersarang;
Murah senyuman memberi salam,
Santun budi digemari orang..

Putik dijolok buahnya nona,
Cahaya tindani kudup terkulai;
Didik elok latarnya sempurna,
Nescaya murni hidup bernilai...

Mula bonda berpakaian abaya,
Jarang abaya minta dilapikkan;
Bila berada di jalanraya,
Kurang upaya kita dahulukan.

Sulaman terserlah batu bertongkah,
Ranggi berbunga renda bertali;
Senyuman adalah suatu sedekah,
Tinggi harga tiada terbeli...

Tepi beranda ampaian jemuran,
Menjemur jala atasnya peti;
Generasi muda sopan ketimuran,
Yang berumur pula kita hormati..

Pegaga diramas kerabu campuran,
Lada benggala dimayang-mayang;
Warga emas perlu dititikberatkan,
Muda pula dikasih disayang..

Menggalah sawa bertindan buah,
Nangka menyerlah buahan tua;
Hormatilah kedua ibu dan ayah,
Mereka adalah permulaan semua..

Rapat dahan sarangnya basah,
Serati mula berkejar-kejaran;
Sifat kasihan kepada yang susah,
Meniti pahala besar ganjaran...

Buah manggis keliling lecur,
Masak setara belum merimbun;
Ukhwah harmonis saling menegur,
Tidak mengira kaum apapun...

Selisih bahtera lewat ke laut,
Pasir beruncang mendap di limbung;
Kasih saudara kuat berpaut,
Air dicincang tetap bersambung...

Cerah taman mencari ulam,
Rumpun keladi nuri bersarang;
Murah senyuman memberi salam,
Santun budi digemari orang..

Di pantai renangi dikelam mentari,
Kemudi lautan sampan tepian;
Nilai murni di dalam diri,
Menjadi ikutan kehidupan seharian..

Ikan gelama bermain pukat,
Ikan siakap memakan plastik;
Vandalisma semakin meningkat,
Tanamkan sikap kesedaran sivik...

Terbang merpati ke batu pusara,
Saat gerimis pusara berumur;
Berkembang integriti satu negara,
Rakyat harmonis negara makmur...

Kalau sepat kerang dan kelah, 
Keliling pukat menyua ketuka;
Kalau terdapat sebarang masalah,
Saling muafakat bawa semuka..

Gugur kelapa jalan tindani,
Hampir ranum sibuah bidara;
Bertegur sapa amalan murni,
Ukir senyum bertambah mesra..

Sulaman terserlah batu bertongkah,
Ranggi berbunga renda bertali;
Senyuman adalah suatu sedekah,
Tinggi harga tiada terbeli...

Tepi beranda ampaian jemuran,
Menjemur jala atasnya peti; 
Generasi muda sopan ketimuran,
Yang berumur pula kita hormati..

Kilauan jalur lawa berbunga,
Berenda jarang semat di baldu;
Bantuan dihulur jiwa dan raga,
Kepada orang yang sangat memerlu..

Rawan mega di Ulu Kerian,
Teluk lebar meniti cahaya;
Haiwan juga perlu belaian,
Makhluk Al Jabbar seperti manusia...

Rapat dahan sarangnya basah,
Serati mula berkejar-kejaran; 
Sifat kasihan kepada yang susah,
Meniti pahala besar ganjaran...

Dini selisih imbauan jerebu,
Jerebu seberang sudah menanti;
Semurni kasih kerinduan ibu,
Ibu seorang masihkah dihati....

Buah manggis keliling lecur,
Masak setara belum merimbun;
Ukhwah harmonis saling menegur,
Tidak mengira kaum apapun...

Selisih bahtera lewat ke laut,
Pasir beruncang mendap di limbung;
Kasih saudara kuat berpaut,
Air dicincang tetap bersambung...

Cerah taman mencari ulam,
Rumpun keladi nuri bersarang;
Murah senyuman memberi salam,
Santun budi digemari orang..

Putik dijolok buahnya nona,
Cahaya tindani kudup terkulai;
Didik elok latarnya sempurna,
Nescaya murni hidup bernilai...




Kalam berpena...
UmmiAin

Pantun Jiwa Hamba Puasa Ketiga...

$
0
0




Assalam...ini pula pantun jiwa hamba PUASA KETIGA buat tatapan sahabat sekelian...kesinambungan dari entri yang baru lepas....ringkas sahaja dan Ummi harapkan sahabat sekelian singgah berpantun....sila oo sila.. ^^,



Angkasa berbintang dimalam syahdu,
Malam bermanja terasa lega; 
Selasa kudatang salam merindu, 
Salam teruja puasa ketiga.. 

Rambai dipetik dirembat helang,
Bertahan juga angin perkasa; 
Melambai detik cepat berulang, 
Ramadhan ketiga muslimin berpuasa.. 

Menjamah sirih helaian satu, 
Namun terasa kelat dilidah; 
Hikmah diperoleh bahagian tertentu, 
Diampun dosa solat beribadah.. 


Wallahualam..


Kalam berpena..
UmmiAin

Pantun Istimewa Untuk Ibunda Dan Ayahanda...

$
0
0


Assalamualaikum wrwb...





Buat ibunda tercinta...


Merimbun pauh semarak bendang,
Nun bertamu balam kelihatan,
Cenderawasih terbang di awan,
Patah sehala di angkasa raya,
Reribu lelayang turun perhati;
Sungguhpun jauh jarak memandang,
Namun wajahmu dalam ingatan;
Belas kasih diambang rawan,
Entah bila bisa bahagia,
Ibu tersayang meruntun hati...

Buat ayahanda tersayang yang telah lama pergi.... 

Bertamu kabut titian senja,
Barat berair berlagu petir,
Masih bercanda burung di awan,
Kemudi di lautan jangan terburu,
Berlalu tentunya tiada berhenti;
Kasihmu lembut belaian manja,
Kudrat zahir berpanggu getir,,
Kasih ayahanda segunung rawan,
Abadi diingatan kenangan terharu,
Satu-satunya tiada pengganti..

Bunga kekwa jambangan syahdu,
Syahdu lewat senada persada,
Memetik selasih kantan bersulam,
Melembang ruyung air tempias,
Pegaga temu di celah-celah,
Tepi rekahan tanah serasi;
Hanya doa kenangan rindu,
Rindu buat ayahanda bonda,
Setitik kasih di lautan dalam,
Kembang berpayung zahir berhias,,
Semoga rahmatMu Ya Allah,
Menjadi teduhan Jannah Firdausi...

Aamiin...



Kalam berpena...
UmmiAin

Pantun Sayang...

$
0
0


Assalamu’alaikum wrwb..





Jom Kita Berpantun...

Haruan melantun terapung kayu,
Renangilah tuka dilengah-lengahkan;
Tuan berpantun sinambung Melayu,
SAYANGLAH jika tidak diketengahkan

Silau angkasa selisih bayang,
Cahaya meniti kelihatan saujana;
Kalau sentiasa berkasih SAYANG,
Bahagia pasti akan terbina..

Kalau awan selisih bayang,
Bayang seolah jelaga tanjung: 
Kalau tuan berkasih SAYANG,
SAYANG biarlah hingga penghujung..

Bergoyang akarnya selasih merata,
Selasih tumbuh direlas merpati;
SAYANG sebenarnya kasih dan cinta,
Kasih bersungguh seikhlas hati..

Bertamu lelayang bertalu-talu,
Kedidi di langit kerling penyengat;
Budimu SAYANG tiada kuperlu,
Budi sekelumit paling diingat..

Saat merpati menyapa kundang,
Riangnya terbang canda beraksi;
Teringat dihati tanpa memandang,
SAYANGNYA abang tiada di sisi...

Masih berbayang merah di dahi,
Mula bentan perlu dibedah;
Kasih SAYANG anugerah Ilahi,
Bila dikenangkan terlalu indah..

Merekah papaya genggam dibawa,
Kalau tangan tiada bergoyang;
Alangkah bahagia di dalam jiwa,
Bergurau dengan bonda TERSAYANG..

Pohon delima tepilah perigi,
Hinggap balam melayang-layang;
Bertahun lama berpisah pergi,
Tetap mendalam SAYANG DISAYANG..

Riang merpati memakan ceri,
Hinggap bertelur satu persatu;
SAYANG seperti saudara sendiri,
Tetap dihulur bantu membantu..

Tumbuh lempoyang akar selerak,
Lada peria imbau-imbauan;
Sungguh SAYANG mekar semarak,
Kepada dia yang di perantauan...

Di kebun orang mengandar kelapa,
Merbah melayang hinggap di bahu;
Walaupun kurang sekadar rupa,
Bertambah SAYANG tetaplah mahu..

Bawang dimayang kerabu pauh,
Sesudu lada sesenduk kelapa;
SAYANG DISAYANG ibu yang jauh,
Rindu nanda untuk berjumpa..

Tuan berangan diwaktu senja,
Sehingga mulai selisih bayang;
Haiwan KESAYANGAN tentu dimanja,
Dijaga dibelai kasih dan SAYANG..

Menyiang kelah ikan dibersih,
Dilumur garam dan asam jawa;
SAYANG adalah titisan kasih,
Subur bersiram di dalam jiwa..

Berbayang pelangi lawa di air,
Redup celahi merata paya;
SAYANG MENYAYANGI jiwa dan zahir,
Hidup dilimpahi cahaya bahagia..

Tinggi kemangi bertindan selasih,
Bercambah dahlia embunan basah;
Selagi mewangi SAYANG dan kasih,
Bertambah usia masakan berpisah..

Petik pinang muda semayang,
Pohon rendah sebelah perigi;
Asyik terkenang ayahanda TERSAYANG,
Bertahun sudah berpisah pergi..

Ikan haruan sisih serampang,
Ikan belanak renang-renangan;
SAYANGKANhaiwan kasih menumpang,
SAYANGKANanak diabai jangan..

Rona senada mulus mewangi,
Tepian redup melata petunia;
Ayahanda bonda harus DISAYANGI,
Permulaan hidup kita di dunia..

Pucuk saderi makan berulang,
Dimayang-mayang ketumbar sekati;
Esok hari nandakan pulang,
Bonda TERSAYANG sabar menanti..

Selasih seribu di dalam cawan,
Di rendam bertaut tiadakan lepas;
Kasih ibu bersulam rawan,
Sedalam laut lagikan deras...

Itik bersarang ia seekor,
Sudah siang bertapa di dahan;
Asyik berperang manusia takbur,
Hilangkah SAYANG tanpa kasihan..




P/S Buat sahabat Ummi tersayang...anda semua di dalam hatiku...jangan lupa pantun naa...."",


Kalam berpena...
UmmiAin

Pantun Hidup...

$
0
0

Assalamualaikum wrwb.




Jom kita berpantun...



Ikan selangat terlekat di kayu, 
Ikan melantun ketuka selayang;
HIDUPKAN semangat beradat Melayu,
Martabatkan pantun pusaka moyang..

Keliling tanjung melata pegaga,
Tutupkan kantan di tepi selasih;
Saling melindung serta menjaga,
HIDUPKAN pautan harmoni kasih..

Redup titian sebu terapung,
Berasap awan nampak bayangan;
HIDUP kesepian ibu di kampung,
Diusap kerinduan anak kesayangan...

Menanti sampan berasa cemas,
Teduh meninjau berembun jangan;
Meniti KEHIDUPAN di usia emas,
Penuh ranjau menimbun kenangan..

Melata kudup bijian jasmin,
Rumpun lawa siram perlahan;
Derita HIDUP ujian Al Amin,
Mohon doa dalam ketabahan..

Menyisih keringat jatuh berderai,
Sampan sarat terawang-awang;
Masih teringat utuh termeterai,
KEHIDUPAN melarat orang terbuang..

Pantai dingin redup cahaya,
Nantikan mentari sejengkal naik;
Andai ingin HIDUP bahagia,
Pastikan diri beramal baik...

Ikan digulai peria mentimun,
Serbuk rempah satu jenama;
HIDUPKAN nilai budaya pantun,
Pupuk muhubah baru dan lama...

Serlah rupa kudup petunia,
Lebah menyeri bertalu-talu;
Usahlah alpa HIDUP di dunia,
Muhasabah diri istiqomah perlu...

Redup titian jerebu terapung,
Ufuk berawan nampak bayangan;
HIDUP kesepian ibu di kampung,
Ditusuk kerinduan anak kesayangan...

Kebaya lepas menanti ucapan,
Anggun berseri tampak siputeri;
Diusia emas meniti KEHIDUPAN,
Menimbun memori beronak duri..

Kecutlah temu bersemi tanah,
Segar halia redup permatang;
Tuntutlah ilmu perdalami Sunnah,
Agar bahagia HIDUP mendatang...

Makan ulam kerabu pegaga,
Bawa sepinggan sibuah berangan;
HIDUPKAN malam disatu pertiga,
Doa dipohonkan menadah tangan..

Memaku redup di pulau seberang,
Pauh merimbun mangga celahi;
Terasingku HIDUP di rantau orang,
Jauh nun keluarga dikasihi....

Umpan tenggelam kedidi menyambar,
Ralit tilan berenang-renang;
KEHIDUPAN silam menjadi iktibar,
Pahit ditelan manis dikenang..



p/s Kepada sahabat semua yang sudi singgah di sini, berilah serangkap dua pantun terindah anda....^^,


Kalam berpena...
UmmiAin

Pantun Ibu....Khusus Untuk Ibu-Ibu dan Ibundaku Tercinta....

$
0
0


Assalamualaikum wrwb.






Jom kita berpantun...

Kalau bersirat kulit bersapu,
Makan tebu usah menimbun;
Walau kudrat sedikit mampu,
Kasihkan IBUsangguplah apapun..

Kelopak selisih sibunga jasmin,
Kuntuman bersih persada seri;
Merafak kasih doa diamin,
Haruman kasih IBUnda beri..

Benihnya bambu tumbuh menjadi,
Di rimbun onak meredah paya,
Kasihnya IBUsungguh abadi,
Biarpun anak sudah berusia..

Berpaut selasih rendam sekati,
Selasih beribu kelopak berhelai;
Seraut kasih di dalam hati,
Kasih IBUtidak ternilai..

Masak kedondong sarat seribu,
Sisih kepayang berlaga titi;
Kakak kandung ibarat IBU,
Kasih sayang tiada berhenti..

Turun jerebu awan kelabu,
Rambulan jelaga cahaya peri;
Pantun IBUmenawan kalbu,
Nukilan warga karya jauhari..

Lebat imbauan sarang beribu,
Meratih lelayang di atap genting;
Sifat KEIBUAN seorang IBU,
Kasih sayang tetap meranting..

Abu melayang arang sejengkal,
Gantung pelita api perlahan;
IBU tersayang seorang yang cekal,
Tanggung derita tetapi bertahan..

Cemara dibawa dikendong-kendong,
Tangan seolah terasa berat;
Antara mertua dan IBU kandung,
Hubungan adalah dunia akhirat..

Zikir dibawa dikelewatan malam,
Jangan goyah jiwamu diduga,
Lahir dijiwa ingatan mendalam,
Pesanan ayah IBU dijaga..

Kekwa setangkai tumbuh menguning,
Seraya melentuk ronamu sekata;
Doa kurangkai di Subuh hening,
Bahagia untuk IBU tercinta...

Papaya masak bersulam peria,
Batang berdiri tumbuhnya tebu;
Bahagia si anak dalam dunia,
Datang dari doanya IBU...

Songket ditempah warnanya kelabu,
Kebaya songket bungaan gemerlap;
Sedikit tumpah airmatanya IBU,
Nescaya bangkit kemurkaan Ya Rabb..

Di petik budak irama sumbangsih,
Lagu senandung iramalah seberang;
Sedetik tidak samalah kasih,
IBU kandung hanyalah seorang..

Abu bersarang lampu jelaga,
Serdak derai nyala di unggun;
IBU seorang mampu menjaga,
Anak ramai rela apapun..

Buahnya sarat ulaman sambal,
Rapat mengkudu dahan perkasa;
IBUnda  ibarat teman sebantal,
Tempat mengadu curahan rasa..

 Seribu kedondong delima aceh,
Galah dialih ke pagar meranti;
IBU kandung selama terkasih,
Tiadalah boleh ditukar ganti..

Tumbang kedondong menanti goyah,
Sebelah telaga bersirat tebu;
Abang kandung pengganti ayah,
Beliaulah juga ibarat IBU..



p/s Jangan lupa pantun tau.. ^^,



Kalam berpena...
UmmiAin

Pantun Bergambar Syahdu Ramadhan...

$
0
0

Salam Ramadhan Al Mubaraq...

Salam Ramadhan salam rindu dan salam sayang buat sahabat sekelian yang Ummi rindui....begitu lama Ummi tidak muncul menampakkan diri kerana time is so tight dan kesibukan masa menguruskan hal keluarga....
Namun Ummi tidak sekali lupa pada anda semua yang telah singgah berpantun di teratak Ummi yang mula bersawang bagai tiada penghuni...alhamdulillah kini Ummi dapat meluangkan masa untuk berpantun....
Terimalah pantun bergambar yang tidak seberapa dari Ummi syahdu Ramdhan istimewa buat rakan tersayang sekelian.....






































Kalam berpena..
UmmiAin

Pantun Hati...

$
0
0


Assalamualaikum wrwb...

Bergenang paya kilau-kilauan,
Serati menyudu tepian perahu;
Terkenang sidia di perantauan,
Hati merindu entahkan tahu..

Menanti Subuh dilewat malam,
Bertamu angan petanda mimpi;
Hati berlabuh selawat dan salam,
Padamu Junjungan tiada bertepi..

Kecut selasih tiada berseri,
Putih melati di tepi pinang;
Tahajjud kasih pada Ya Bari,
Rintih hati menjadi tenang..

Tumbuh buah lebat imbauan,
Sarang kedidi di tepi nisan;
Sungguh bertuah mendapat kawan,
Seorang berbudi berhati ihsan..

Tersadai bubu gantung di titi,
Kelodak berlaga tepinya sauh;
Andai ibu tersinggung hati,
Kelak Syurga baunya jauh..

Di tepi titi renang-renangan,
Menanti ikan masuk mengena;
Berhati-hati pilih pasangan,
Ditakuti akan buruk sudahnya..

Titi mendak tiadalah tinggi,
Rasuk goyang dilanda ombak;
Hati tidak berbelah bagi,
Untuk tersayang tiada ternampak..

Sudah senja suria menapak,
Melayang unggas terus ke kuari;
Masalah remaja budaya lepak,
Perhatian yang tegas harus diberi...

Terkedek-kedek merpati tua,
Tepi seruntun di celah batu;
Adik beradik sehati sejiwa,
Hobi berpantun sudahlah tentu...

Halau segera beruk bersidai,
Galah berpaku diketuk nanti;
Kalau bicara buruk seandai,
Usahlah terbuku dilubuk hati..


Pantun Adik Beradik...

$
0
0


Assalamualaikum wrwb...


Unggun semarak pelita andang,
 Melekat abu jangan dikirai;
 Sungguhpun jarak mata memandang,
 Dekat dikalbu hubungan termeterai...

Terkedek-kedek sicenderawasih,
 Terkena jerat di pohon sawa;
 Adik-beradik membara kasih,
 Pesona erat apapun jua...

Basah berlinang keliling calong,
 Karat besi berselut palang;
 Susah senang saling menolong,
 Ibarat isi membalut tulang...

Menimbun cendawan di celah-celahan,
 Itik terkedek menyentap ranting;
 Walaupun kawan tempat curahan,
 Adik-beradik tetap terpenting..

Unggas terbang mengutip umpan,
 Kerengga beribu bertindan keridik;
 Tugas abang berkewajipan,
 Menjaga ibu dan adik-adik..

 Itik terkedek ke arah tebing,
 Mara berbondong renang-renangan;
 Adik-beradik sedarah sedaging,
 Saudara kandung berpisah jangan...




Pantun Selamat Datang 2016...

$
0
0

Assalamualaikum wrwb...



Pohon gaharu rendah merendang,
Rimbun dedalu atasnya tinggi;
Tahun baharu sudah bertandang,
Setahun lalu lekasnya pergi..

Saat ngeri lautan biru,
Purnama gundah tiada sinar;
Jumaat hari kelihatan baru,
Menjelma sudah petanda benar..

Laun deru tengah kuala,
Biar angkasa berbagi bintang;
Tahun baharu jengah bermula,
Melayar masa pergi dan datang..

Seolah kemudi selisih tambak,
Cahaya limpah mentari tinggi;
Syukurlah nadi masih berombak
Usia bertambah sehari lagi..

Kebubu direlas pohon melintang,
Kebubu direlas pohon meninggi;
Dua ribu enam belas tahun mendatang,
Dua ribu lima belas tahun yang pergi..

Empuk berangan ratih selera,
Sedap dimakan serawa semalam;
Berkepuk kenangan sedih gembira,
Tetap simpankan di jiwa dalam..

Bergaun biru tersangat manis,
Bersulam renda bertongkah indah;
Tahun baharu semangat perintis,
Azam di dada tunaikah sudah..

Masakan kari campuran ikan,
Ikan sepat hiasan selasih;
Perkasakan diri dengan kebaikan,
Tanamkan sifat ehsan pengasih..

Bersopan dara mengibas selendang,
Anggun berkenan ibu teruna;
Kesilapan bicara terlepas pandang,
Mohon ampunan seribu makna..





Kalam berpena....
Ummi'Ain

Pantun Ubat....

$
0
0


           Assalamualaikum wrwb..              


Pohonan rimba bertamu dedap,
Kabutlah rawan di petang hari;
Pantunan hamba buatmu tatap,
Jemputlah tuan datang kemari..

Benak sekali ranjau berduri,
Lambat Cik Puan membawa bambu;
Anak kembali rantau negeri,
TERUBAT rawan di jiwa ibu..

Cangkat sumur merentang bukit,
Guna perigi tebat ke paya;
Meningkat umur datang penyakit,
Ke mana pergi UBAT tersedia..

Mencari kuini merata pekan,
Berjalan fakir tiada lelah;
Naluri insani kita UBATKAN,
Dengan berzikir kepada Allah..

Burung tempua ternanti-nanti,
Di pohon ara dekat di kolam;
Murung di jiwa dapat DIUBATI,
Bangun segera bersolat malam..






Kalam berpena..
Ummi'Ain



Viewing all 117 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>