Salam teramat manis buat sekelian pembaca budiman....ADATlah manusia, berlapik adat dalam bicara...bermain adat dalam setiap perkara....
"Biar mati anak, jangan mati ADAT... mencabut adat yang asing daripada ISLAM, tidak semudah mencabut kemuncup yang lekat di kain" - Ust Hasrizal Abdul Jamil.
Jom kita berpantun...adat bahasa sama berhimpun, bagai titisan air embun, sejuk dan dingin adat bersantun...
Kilatlah parang silau berhablur,
Di kala Zohor mahu dirembat;
Adatlah orang kalau ditegur,
Bila ditegur bahu tak rapat.
Ikat pegaga terbuka hujung,
Kalam berpena....
Ummi’Ain
"Biar mati anak, jangan mati ADAT... mencabut adat yang asing daripada ISLAM, tidak semudah mencabut kemuncup yang lekat di kain" - Ust Hasrizal Abdul Jamil.
![]() |
Sirih Beradat.... |
![]() |
Bermuka dua...adatlah orang |
![]() |
Adatlah orang...jujur payah dicari... |
Jom kita berpantun...adat bahasa sama berhimpun, bagai titisan air embun, sejuk dan dingin adat bersantun...
Bukan kebah sebarang kebah,
Kebah pendekar sampai berpeluh;
Bukan sembah sebarang sembah,
Sembah berlembar berangkai sepuluh...( lebih dah )
Indah serlah suria pun terang,
Bersapa bayu sejuk tiupan;
Sudah adatlah manusia sekarang,
Lupa malu bertepuk sopan.
Pekat serawa dibubuh keladi,
Potong ketupat secangkir kerak;
Adat berhalwa tak runtuh budi,
Dijunjung bertempat dipinggir tidak.
Kisah si Tenggang padatnya rahsia,
Moga sendiri rasa terkesima;
Usah dikenang adatnya manusia,
Jaga diri perkasa agama.
Kilat parang menyiang betutu,
Mengapa alu dibubu nelayan;
Adat orang memang begitu,
Bersapa dahulu baru dilayan.
Gobek cantik hiasan kemboja,
Sirih dipepak menjadi sepah;
Bodek sedikit berkenan sahaja,
Masih tak nampak budi melimpah.
Kumbang melekat di lampu basah,
Petik kesidang di Subuh pagi,
Memang adat seribu wajah,
Cantik dipandang hodoh ketepi.
Jarang sendat malu dipakai,
Sendat kebaya bersulam biku;
Orang beradat dulu disampai,
Adat sikaya bersulam saku.
Kilatlah parang silau berhablur,
Di kala Zohor mahu dirembat;
Adatlah orang kalau ditegur,
Bila ditegur bahu tak rapat.
Ikat pegaga terbuka hujung,
Malu selera makan kebulur;
Adat dijaga pusaka dijunjung
Baru terpelihara warisan masyhur.
Selipar putih diikat benang,
Mencari buluh patah serumpun;
Hantar sirih beradat pinang,
Jari sepuluh sembah diampun.
Medak udang di dalam cawan,
Makan mentimun dipotong mentah;
Hendak pulang kuberi laluan,
Tinggalkan pantun barang sepatah.
Bersantun-santun dijaga,
Kainlah batik melibas sendi;
Berpantun berpantun juga,
Makinlah cantik beralas budi.
Hari Selasa memasak kari,
Kari dimasak berurap sayur;
Seperti biasa ku rafak jari,
Peri diampun tersilap catur.
Peri diampun tersilap catur.
Pagi bertenun tekad suasa,
Sampai dekat waktulah Zohor;
Sampai dekat waktulah Zohor;
Ummi berpantun beradat biasa,
Andai cacat silalah tegur.
Andai cacat silalah tegur.
Begitulah adatnya orang, yang baik selalunya dijadikan kerajaan hati, beradat jua bangsa Melayu, kalau nak beradat haruslah beradat yang berilmu....hahaa, apa ditunggu apa dinanti, sila berperi menguji diri....adat berpantun-pantun di sini, mesti ceriakan hati...
Sila ooo sila.....Sekian buat kali ini ku pastikan kembali......insyaaaAllahh, kalau ada salah dan silap harap ditegur ya...salam manis secangkir madu dari Ummi.. =D
Kalam berpena....
Ummi’Ain