....السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
![]() |
Ummi bersama anak sulung sedang menikmati keindahan alam senja ciptaan Tuhan Rabbul Jalil di malam Rabu lepas yang tak terucap di Ampang park.. Photographer : Adik yang manja...^^ |
Jom kita berpantun.....dengan Ummi..sambil mendengar lagu Bang Mad Daud kita sambil menggoyang kepala tapi jangan over naa... ^^,
Abu menjulang berasap gua,
Kelam terbakar langit menangis;
Rabu berulang mengungkap peristiwa,
Bersulam hambar pahit dan manis.
Gembala lembu berangan teman,
Bukit besar tumbuh beringin;
Bermula Rabu dengan senyuman,
Kulit bergetar di Subuh dingin.
Di petang sebu mentari tumpat,
Kuntum gardenia kembang si tanjung,
Datang Rabu hari keempat,
Bercantum usia di ambang penghujung.
Mengapa abu medak berasap,
Dekat senja masa memahat;
Mengapa Rabu tidak terucap,
Penat bekerja terpaksa berehat.
Penat bekerja terpaksa berehat.
Kelapa rendah di tepi pongsu,
Rendang duku tumbuh di muara;
Rendang duku tumbuh di muara;
Mengapa lidah menjadi bisu,
Sedang Rabu penuh suara.
Sedang Rabu penuh suara.
Lembut dicicah ulam sayuran,
Petua ibu mesti belajar;
Tersebutlah kisah dalam Al Quran,
Peristiwa Rabu menjadi iktibar.
Petua ibu mesti belajar;
Tersebutlah kisah dalam Al Quran,
Peristiwa Rabu menjadi iktibar.
Mencari bubu mencari kelah,
Turun menyelam di malam sepi;
Hari Rabu na'as dari Allah,
Qarun dibenam ke dalam bumi.
Pisah kerabu satu persatu,
Dedaun ulam purut diperah;
Kisah Rabu Allah Penentu,
Qarun dibenam ke dalam bumi.
Pisah kerabu satu persatu,
Dedaun ulam purut diperah;
Kisah Rabu Allah Penentu,
Fir'aun tenggelam di Laut Merah.
Tenguk darah mulalah kepala,
Terasalah kecut ditikam-tikam;
Nyamuk diarah Allah Ta'ala,
Tenguk darah mulalah kepala,
Terasalah kecut ditikam-tikam;
Nyamuk diarah Allah Ta'ala,
Binasalah Namrudz Raja yang kejam.
Pintu dipalam terbelah patah,
Gunalah lekas ragum diputar;
Batu merejam Allah perintah,
Binasalah Luth As kaum yang engkar.
Pintu dipalam terbelah patah,
Gunalah lekas ragum diputar;
Batu merejam Allah perintah,
Binasalah Luth As kaum yang engkar.
Muara besar terlekat kail,
Candat terasa terkena kelisa;
Bersuara halilintar Malaikat Jibrail,
Syidad bin Aad binasa kerana berdosa.
Mencari kekabu basah berhujan,
Belum dapat beringin digoncang;
Syidad bin Aad binasa kerana berdosa.
Mencari kekabu basah berhujan,
Belum dapat beringin digoncang;
Di hari Rabu kisah Al Quran,
Binasalah Kaum Aad dek angin yang kencang.
Binasalah Kaum Aad dek angin yang kencang.
Labu bertangkai tua dan kuning,
Puteri bermain ciku dan mangga;
Puteri bermain ciku dan mangga;
Rabu disampai peristiwa penting,
Hari yang lain pun begitu juga.
Hari yang lain pun begitu juga.
Serkap basah sarang-sarangan,
Suami berkebun di petak serawa;
Berangkap kisah kurang-kurangan,
Berangkap kisah kurang-kurangan,
Ummi berpantun tidaklah lawa.
Berpisah badan terlalu angkuh,
Allah Ta'ala sampaikan hukum;
Kisah Al Quran mahu dibubuh,
Rujuklah sila sebagai maklum.
Rujuklah sila sebagai maklum.
Buat anda sahabat sekelian yang Ummi hormati.....hari Rabu hari terindah kita nikmati semoga kita sentiasa perkara yang baik kita jadikan contoh yang harus diikuti......salam sayang berderai selasih
semanis nescafe buat semua...sampai jumpa lagi di lain episod.....insyaAllah.. ^^,
p/s Terimakasih curahan hujan bagai diberiNYA semalam buat kita dan khusus kepada rakan-rakan pembaca yang sudi singgah berpantun .....ya ^^
Kalam berpena...
Ummi’Ain