Quantcast
Channel: JOM KITA BERPANTUN....SILA...O...SILA..
Viewing all articles
Browse latest Browse all 117

Pantun Untuk Mia Liana...

$
0
0


Salam manis dari Ummi....buat pengetahuan sekelian, masa mula-mula Ummi menapak di alam berpantun, blog inilah yang Ummi terjumpa dulu, cari punya cari rupanya ada segmen berpantun dari Cik Mia Liana..tapi sudah agak terlambat..apapun tahniah buat Cik Mia Liana kerana berjaya menjadi blogger popular...setiap entrinya di'update'kan sampai Ummi tak dapat nak kejar...

Buat Cik Mia, sekalung doa dari kak Ummi semoga kejayaan sentiasa menjadi  pakaianmu...amin insyAllah.. =D


Berdentam dentum malam bersuara,
Bumi bermega angin berpuput;
 Assalamu'alaikum salam sejahtera,
Ummi juga ingin menyahut. =)

Salah melurut belahan kaca,
Jari terluka bersirat lipan;
Silalah ikut silalah baca,
Entri dibuka buat tatapan.

Si gadis menjamah hanya sepinggan,
Pastinya sedap laksa Cik Ika;
Bloggerwanis peramah punya perwatakan,
Entrinya baru setiap masa dan ketika.

Mencari bubu di laluan paya,
Menyuluh ular di rumpai banat;
Seorang isteri ibu dan graduan berjaya,
Sungguh popular ramai peminat.



Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To CircleGoogle+ Mia Liana dan LikeFanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Follow & Blogwalking #2 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.
tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....


Kebaya bunga pesona tulip,
Bersirat indah berlipat tenun;
Saya hanya menjana nasib,
Buat menambah sahabat berpantun.

Kelat pisang bersisir-sisir,
Harum petai harumnya mahu;
Berat pandang difikir-fikir,
Belum try belumnya tahu.

Pakai selepang hendak bergaya,
Angan berjumpa si gadis Changlun;
Andai datang ke teratak saya,
Jangan lupa secebis pantun,

Patah cangkul dipijak-pijak,
Sampai pangkal bertabur-tabur;
Entah betul entahkan tidak.
Andai janggal haraplah tegur.


Sekian saja...salam manis dari Ummi. =D


Kalam berpena...

UmmiAin



Viewing all articles
Browse latest Browse all 117


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>