Quantcast
Channel: JOM KITA BERPANTUN....SILA...O...SILA..
Viewing all articles
Browse latest Browse all 117

Pantun Qadaan Tuhan....

$
0
0


Berbalam kapas tiada beringin,
Liar tekukur terbang-terbangan,
Ratahkan sepat haruan pun rebut;
Salam ku lepas kepada angin,
Biar gugur di telapak tangan,
Entahkan dapat tuan menyambut.






Beranyam tikar duduk bersila,
Lama tersenyum badan menahan;
Sulam berlembar sesenduk gula,
Tema mengharum QADAAN TUHAN..

Ketiadaan bahan berampai sajian,
Bahan sajian cekur ketumbar,
Qadaan TUHAN sebagai ujian,
Tahan ujian pengukur sabar.

Petai berlada lada belahan,
Bubur likat gulainya kerang;
Andai tiada qadaan TUHAN,
Kufur nikmat lalainya orang.

Kembang sepat berselut arang,
Sangkar penuh lelayang kerapu; 
Memang sifat atitud orang,
Sabar tumbuh pada yang mampu.

Basah manggis terapung di perigi,
Dahan berusia membelah titi;
Usah menangis merundung lagi,
TUHAN berahsia sudahlah pasti.

Mengapa mengharap celahan dahan ,
Menanti rumah tiada pelita;
Mengapa diratap qadaan TUHAN,
Pasti berhikmah ada ternyata.

Kamilah takut ada durian,
Makin berbiji semakin tumbuh;
Fahamilah maksud qada dan ujian,
Semakin diuji semakin teguh.

Potongan rekahan ada di kereta,
Jangan membeli kereta terpakai;
Qadaan TUHAN kepada kita,
Jangan sekali-kali dipertikai.

Berpaut rumpun dipulas mati,
Rumpun terkena sigugurlah kelapa,
Kelapa pandan tepat menghala;
Seraut ku pantun seikhlas hati,
Pantun sederhana tiadalah berupa,
Ku pinta kemaafan bercacat cela.



Ya...istimewa buat sahabat-sahabat Ummi, pantun seadanya dapat ku rangkapkan, buat tatapan dalam renungan, semoga anda semua sentiasa diberi kesabaran dan keberkatan dalam setiap apa jua yang anda lalui....amin, insyaAllah sampai jumpa lagi seperti yang dijanji.....tunggu teristimewa dari Ummi....salam sayang sipi-sipi, jangan lupa berpantun walau hanya sekali, warisan moyang warisan terkini..... ^^


p/s Senyum selalu di samping suami dan isteri..... ^^




Kalam berpena....

UmmiAin

Viewing all articles
Browse latest Browse all 117