Salam manis di hari Khamis buat Cik Mieza si cantik manis, hati terpanggil untuk sama-sama meriahkan segmen ini, tapi Ummi dahulukan dengan pantun boleh, kerana pantun sememangnya tidak dapat dipisahkan dariku untukmu...... ^^,
Diharilah raya indahnya fesyen,
Sampin berkelopak nampaknya ok;
Marilah menceria meriahkan segmen,
Segmen Gempak From Mieza Jhaa K.
Ambil cermin ambilkan talkum,
Talkum ditabur sudah secawan;
Sambil bersegmen sambil tersenyum,
Senyum menghibur menambah kawan.
Syarat-syarat penyertaan :
1. Add to circleGoogle+ Mieza Jhaa K dan likeFanpage Mieza Jhaa K
2. Buat entry bertajuk "Segmen Gempak Mieza Jhaa K"
3. Copy coding yang telah disediakan dan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.
4. Tinggalkan URL entri di kotak komen.
Ganjaran Segmen :
1. 10 blog bertuah yag dipilih sendiri oleh saya akan direview salah 1 dari entri terbaik mereka. Kepada yang terpilih nanti, sila tinggalkan URL entri terbaik anda.
2. 25 blog yang bertuah berpandukan RANDOM.ORG akan diletakkan di dalam bloglist khas bermula 23 Ogos hingga 23 September 2013. Dan kepada yang bertuah nanti diminta agar meletakkan blog Mieza Jhaa K ke dalam bloglist anda juga.
Jom kita meriahkan segmen ini.
Petiklah petola jaja di kota,
Terang andang apinya rawan;
Cantiklah pula Cik Mieza kita,
Orang memandang pasti tertawan.
Kalau tersenyum puteri kayangan,
Menanti teruna mengikat janji;
Walau belum diri ku bayangkan,
Pasti kerana dekat di hati.
Salam Syawal buat sekelian, selamat bersegmen dan mudah-mudahan sukses semua ya... ^^,
Kalam berpena dari Ummi....
Ummi’Ain