Sulam kuntum sulam diatur,
Tenun bersembat pusaka terulung,
Assalamu'alaikum salam ku hulur,
Pantun berlipat ku buka gulung.
Tenun bersembat pusaka terulung,
Irama tari gaya Malaya;
Pantun berlipat ku buka gulung,
Tema bersari RAYA RAYA RAYA.
Tenun bersembat pusaka terulung,
Assalamu'alaikum salam ku hulur,
Pantun berlipat ku buka gulung.
Tenun bersembat pusaka terulung,
Irama tari gaya Malaya;
Pantun berlipat ku buka gulung,
Tema bersari RAYA RAYA RAYA.
![]() |
Belum lagii..... :) |
Selamat Mengundi... |
Raya, raya, raya.....amboi..dah raya ka........assalam'alaikum buat teman-teman@pemantun budiman yang Ummi hormati..semoga kalian semua sentiasa di dalam kasih sayang Allah SWT dan sentiasa ceria, penuh tekad dan azam dalam menjalankan tugas-tugas seharian........kini Ummi kembali dengan secebis lembaran pantun bertemakan RAYA RAYA RAYA. Kita dah tahu....raya bermacam-macam raya yang ada, Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji bagi umat Islam, Hari Krismas bagi penganut Ugama Kristian, Hari Deepavali untuk kaum India, Tahun Baru Cina bagi orang-orang Tionghua...dan seumpamanya banyak lagi yang Ummi tak dapat nak sebutkan di sini yang menjadikan orang kita dengan perayaan mereka masing-masing.........:)
Baiklah semua......jom kita berpantun dengan bertemakan RAYA...ya :D
Pak Kassim bergaya disebut-sebut,
Berlagak teruna menjeling Mak Gayah;
Musim raya kita menyambut,
Musim raya kita menyambut,
Agak yang mana paling meriah.
Bayu seberang berpuput goyah,
Telah menghala menyongsong ke sana;
Selalu orang menyambut meriah,
Adalah pula langsung sederhana.
Seri kebaya bertekad-tekad,
Dipakai puteri kecil di paha,
Kemas sekali santun pesona;
Hari raya berperingkat-peringkat,
Hari Gawai Aidil Fitri dan Aidil Adha,
Krismas Deepavali dan Tahun Baru Cina.
Lesot peria kerana lama,
Peria dan papaya merata paya;
Maksud raya berguna semua,
Balairaya jalanraya dan kotaraya.
Kiambang bidara di dalam paya,
Batu dibubuh nyaris melekat;
Lambang negara si bunga raya,
Bersatu teguh harmonis masyarakat.
Berguna jala menahan buaya,
Celah kerikil buaya menjaga;
Bagaimana pula pilihanraya,
Adakah dipanggil hari raya juga.
Celahan paya plastik seguni,
Tempua berehat di tepi batu,
Menunggu angin di alur sisi,
Mematuk padi secangkir beras;
Pilihanraya topik terkini,
Semua rakyat jadi penentu,
Menentu pemimpin berdemokrasi,
Harus mengundi berfikir waras.
Dahan peria di pinggir palang,
Baba dan nyonya duduk di batu;
Pilihanraya hampir menjelang,
Tiba masanya untuk menentu.
Ada kedidi di pinggir rimba,
Dihempap guri basah berhelai;
Kuasa mengundi dah hampir tiba,
Tanggungjawab sendiri usah diabai.
Suami kita pandai memasak;
Ikan berlada dicucuk dipanggang;
Ummi bercerita selesai setepak,
Harapkan anda masuk gelanggang.
Hendak bergambar santun pesona,
Indah si sunti memakai skaf;
Tidak ku sedar pantun tak kena,
Serendah hati ku rangkai maaf.
Bayu seberang berpuput goyah,
Telah menghala menyongsong ke sana;
Selalu orang menyambut meriah,
Adalah pula langsung sederhana.
Seri kebaya bertekad-tekad,
Dipakai puteri kecil di paha,
Kemas sekali santun pesona;
Hari raya berperingkat-peringkat,
Hari Gawai Aidil Fitri dan Aidil Adha,
Krismas Deepavali dan Tahun Baru Cina.
Lesot peria kerana lama,
Peria dan papaya merata paya;
Maksud raya berguna semua,
Balairaya jalanraya dan kotaraya.
Kiambang bidara di dalam paya,
Batu dibubuh nyaris melekat;
Lambang negara si bunga raya,
Bersatu teguh harmonis masyarakat.
Berguna jala menahan buaya,
Celah kerikil buaya menjaga;
Bagaimana pula pilihanraya,
Adakah dipanggil hari raya juga.
Celahan paya plastik seguni,
Tempua berehat di tepi batu,
Menunggu angin di alur sisi,
Mematuk padi secangkir beras;
Pilihanraya topik terkini,
Semua rakyat jadi penentu,
Menentu pemimpin berdemokrasi,
Harus mengundi berfikir waras.
Dahan peria di pinggir palang,
Baba dan nyonya duduk di batu;
Pilihanraya hampir menjelang,
Tiba masanya untuk menentu.
Ada kedidi di pinggir rimba,
Dihempap guri basah berhelai;
Kuasa mengundi dah hampir tiba,
Tanggungjawab sendiri usah diabai.
Suami kita pandai memasak;
Ikan berlada dicucuk dipanggang;
Ummi bercerita selesai setepak,
Harapkan anda masuk gelanggang.
Hendak bergambar santun pesona,
Indah si sunti memakai skaf;
Tidak ku sedar pantun tak kena,
Serendah hati ku rangkai maaf.
Baiklah tuan puan sekelian@pemantun-pemantun yang budiman lagi Ummi hormati...setakat ini dahulu Ummi mengapur sirih sehelai bersisip pinang sekacip...andai ada yang terguris di hati Ummi pohon jutaan kemaafan selebat curahan hujan tadi malam...... segala-segalanya yang terbaik dan terindah adalah dari Allah SWT jua....InsyaAllah bertemu lagi dengan tema atau topik yang lain...harapkan sudi apalah kiranya berpantun bersama-sama dengan Ummi ya....terimakasih sekalung berlian secangkir madu buat sahabat-sahabat pemantun yang telah sudi datang berkali-kali ke blog Ummi sambil berpantun yang indah-indah........mempelam manis pahit hempedu, salam manis sedikit rindu buat kalian semua. =D
p/s Selamat mengundi semua =D
Kalam berpena....
Ummi’Ain