Buaya muara gerun membengis,
Kuat menggelupur tenggelam muatan;
Saya bicara pantun yang manis,
Buat penghibur dalam peringatan.
Salam bicara pantun terkedu-kedu...suara tiada dibawa angin lalu...mendayu-dayu bagai curahan hujan beribu....adakah tiada suara dihari Rabu..namun Ummi teruskan berpantun melagu-lagu rindu...buat menghibur jiwa yang syahdu....dengan tema atau tajuk MASAM-MASAM MANIS....apakah yang masam dan ada pula yang manis....? Mungkin senyuman anda atau siapa sahaja yang manis...haha, senyum mahu manis dan hati pula mahu baik baa... :D
![]() |
Manis di luar masam di dalam.... |
![]() |
Ni marah ke geram ke.....masam nya muka.....laklaklaklak |
![]() |
Comeinya cek senyummm.... |
Awat masam ja.....satgi dapat makan manis la tuu... |
Baiklah pembaca@pemantun budiman...
Jom kita sama-sama berpantun...Ummi tahu pasti ada di kalangan anda yang agar sukar untuk berpantun...dan tidak kurang pula majoriti yang pandai menyusun dan mengarang pantun-pantun.... tapi tak mengapa, boleh rujuk pakar pemantun orang lama yang lebih pakar dan juga orang-orang baru yang talented.......jom, sila....o...sila...
Selendang kusam baru direndam,
Sayangnya hamis mula berair;
Ada yang masam terlalu masam,
Ada yang manis bak gula pasir.
Minyak balsam di cemara kusam,
Luka yang dalam Ummi tak tahu;
Banyak masam perkara masam.
Muka yang masam kami tak mahu.
Pengemis malas mula selubung,
Mengemis sepagi di Taman Midah;
Manis melecas si gula kabung,
Manis lagi senyuman terindah.
Asam-asam si sayur kobis,
Dibuat kudapan sibuah mangga;
Masam-masam bercampur manis,
Adat kehidupan berumahtangga.
Selendang kusam selendang marhanis,
Tekapnya jarang kembang berbiku;
Terkadang masam terkadang manis,
Sikapnya orang memang begitu.
Kelabu sedondon ke kedai antik,
Kata membeli si asam kandis;
Ibu menonton rampai klasik,
Cerita legenda MASAM-MASAM MANIS..
Habis tenggelam terkapar di sampan,
Kalah si tuna lelah dan lemah;
Manis dan masam sekitar kehidupan,
Biarlah sederhana biarlah berhemah.
Pecah selera berulam petai,
Urap dicelur berampai kerisik;
Rencah bicara dalam menyampai,
Harap ditegur seandai terdetik.
Suami berkebun menanam bendi,
Bendi selebat tunas pun turun;
Ummi memohon mengharap sudi,
Sudi sahabat berbalas pantun.
Dalam mencari idea berpantun...memanglah sukar untuk merangkai ungkap rangkapan pantun, harus kena dengan rima dan sukukata.....apa yang lebih penting bagi Ummi adalah koleksi perbendaharaan kata haruslah banyak.....betul tak cikgu.......pembayang dan maksud hendaklah selari...barulah pantun ada masam dan ada manisnya....sedap didengar dan dibaca........
Baiklah sahabat-sahabat Ummi yang Ummi hormati..... sekiranya ada terkasar bahasa terkalih bicara harap sambutlah susunan jari sepuluh ku....sampai jumpa lagi dalam gerimis hujan menangis....salam sayang sedikit-sedikit....yang banyak dah bagi kat diri sendiri dan suami tercinta.....haha, dan salam manis buat anda semua...jumpa lagi insyaAllah..... =D
Baiklah sahabat-sahabat Ummi yang Ummi hormati..... sekiranya ada terkasar bahasa terkalih bicara harap sambutlah susunan jari sepuluh ku....sampai jumpa lagi dalam gerimis hujan menangis....salam sayang sedikit-sedikit....yang banyak dah bagi kat diri sendiri dan suami tercinta.....haha, dan salam manis buat anda semua...jumpa lagi insyaAllah..... =D
Cenderawasih cepatnya turun,
Turun ke dunia melihat aksi;
Terimakasih sahabat berpantun,
Pantun semua ku buat koleksi.
Kalam berpena....
Ummi’Ain