Assalam...ini pula pantun jiwa hamba PUASA KETIGA buat tatapan sahabat sekelian...kesinambungan dari entri yang baru lepas....ringkas sahaja dan Ummi harapkan sahabat sekelian singgah berpantun....sila oo sila.. ^^,
Angkasa berbintang dimalam syahdu,
Malam bermanja terasa lega;
Selasa kudatang salam merindu,
Salam teruja puasa ketiga..
Rambai dipetik dirembat helang,
Bertahan juga angin perkasa;
Melambai detik cepat berulang,
Ramadhan ketiga muslimin berpuasa..
Menjamah sirih helaian satu,
Namun terasa kelat dilidah;
Hikmah diperoleh bahagian tertentu,
Diampun dosa solat beribadah..
Wallahualam..
Kalam berpena..
Ummi’Ain